HuRRmmmm

pagi2 lagi ak dga orang bunyi bising kat lua. Ingatkan ape rupenye pintu blik si ersyad xleh buka isy3. Demi membantu rakan ak membantu beliau membuka pintu tersebut lalu aku mengeluarkan "toolbox" yang tersedia di dalam locker aku bg tujuan keselamatan.

Aku pon try la buka pintu tanpa merosakkan ape2 tapi gagal. So aku dah xde pilihan lain selain dari mencabut tombol pintu.

dah cabut tombol tapi still xleh buka. Last choice, mmg da xd jln len lg da, terpaksa ak gnekan kaki aku untuk menerajang pintu itu. akhirnya pintu dapat dibuka .. yesssss!!!!!!

Pagi2 lagi air mataku berlinang bila aku dengar lagu inteam pemergianmu. fuhh mmg sdih lagu nie.. ble mengisahkan ttg kewafatan Nabi Muhammad S.A.W


kat sini ak nak share dengan korang lirik lagu nie..
jangan dengar sahaja tapi hayati setiap perkataan dalam lirik nie




(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

2 comments:

  1. mmg nice lagu nieh.. tp ingt nangis dgr lagu salemm.. kah3.. suka2 ye si hafiz haseng tuh wt cite.. kasik pulas ckit telinga.. hua3.

    ReplyDelete